Wednesday, 4 November 2015

AHLI KUMPULAN



NAMA KUMPULAN : KUMPULAN O

BIL.
NAMA
NO.MATRIK
1.
AISYAH BINTI RUSHDAN
241619
2.
NUR ALWANI BINTI MOHAMAD RUZI
240251
3.
DEVI A/P MANIMARAN
240199
4.
MARY CHRISTINIA A/P JOHNSON
240149

RUJUKAN

 Lim, G.S. & Draft, R.L. (2009). The Leadership Experience in Asia. Singapore:

Thomson. McCrimmon, M. (2008). How to define leadership and management. Retrieved             October          29, 2012, from: http://www.leadersdirect.net

Friedman, S.D. (2008). Total Leadership: Be a better Leader, Have a Richer Life. United             States of America: Harvard business press.

Saadiah Ismail.  (2015).  Saya Bukan Lelaki Lembut.  Retrieved from   
           http://www.bharian.com.my/node/40321

Rosli Mahmood, Azrain, Rosli, Yusof, Norria, Syahrina, Khairi, Hoe C.H, Shamsul, Shukri,             Shiza, Lily, Habsah. (2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan Pendekatan Gunaan 
           (Edisi Ke-2). Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd.

D’Herbs. (2013). Latar Belakang Pengarah Urusan. Retreived      
           from http://www.deherbs.com.my/v1/index.php/shop-store


Aliff Syukri Terlajak Laris. (2014). Retrieved  
          from https://www.facebook.com/DatoAliffSyukriKamarzaman?fref=ts

TUGASAN 1

PENDAHULUAN

            Menurut Karl E. Case dari buku “Principles of Economic”, usahawan didefinisikan sebagai individu yang menggemblengkan semua faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan sesuatu barang dan sanggup menanggung risiko. Usahawan juga difahamkan sebagai penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Selain itu, sesebuah negara tidak akan dapat mencapai taraf ekonomi yang maju sekiranya tidak mempunyai usahawan-usahawan yang berdaya saing dan inovatif serta kreatif. Perkara ini disebabkan usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak sesebuah negara sama ada maju dari segi ekonomi dan kekayaan atau mundur dalam kemiskinan.
            Usahawan atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “entrepreneur “ adalah individu yang terlibat dalam perniagaan, sama ada dalam penghasilan, penjualan ataupun perdagangan barang-barang. Pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan, menunjukan bahawa usahawan sentiasa yakin terhadap keupayaan dirinya untuk mengawal takdir kendiri. Perkara ini disebabkan kepercayaan bahawa mereka bertindak dengan cara yang amat individualistic dan sentiasanya sudi menerima terlalu banyak kerja yang tidak diterima oleh orang biasa, dengan menggalakkan ketabahan yang luar biasa.
            Seterusnya, terdapat tiga jenis usahawan iaitu peramal, orang yang berusaha bersungguh-sungguh (strivers) dan orang tengah. Usahawan peramal yang sering dikaitkan dengan individu yang didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia. Seperti usahawan peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia yang resah. Mereka dalam golongan strivers ini tidak akan mudah berpuas hati dengan apa yang telah dicapai. Oleh itu, mereka akan berusaha dengan sedaya upaya tanpa henti serta mengambil risiko yang amat tinggi daripada ketidakgiatan . Antara ketiga-tiga golongan usahawan, golongan usahawan orang tengah difahamkan lebih licik dan tidak dipengaruhi oleh perasaan. Orang tengah akan mencari peluang  dimana-mana pasaran, negara ataupun barangan sahaja kerana menganggapi bahawa kemahiran mereka adalah keupayaan untuk bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas atau lebih berkuasa berbanding orang lain. Daripada kesemua jenis usahawan peramal merupakan jenis yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.


TUGASAN 1  (a)

PEMERHATI ( OBSERVANT )
            Salah satu ciri-ciri yang sangat diperlukan untuk usahawan adalah mampu melihat peluang. Mampu melihat peluang adalah keupayaan untuk meramalkan risiko yang diambil bagi melakukan aktiviti atau tidak melakukan aktiviti tersebut. Usahawan tidak  tahu masa depan seperti manusia yang lain juga. Salah satu etika yang membezakan usahawan dan manusia biasa adalah mempunyai naluri untuk mengambil risiko, untuk mengubah masa depan. Mereka melabur masa dan wang mereka untuk menghasilkan sesuatu yang tidak wujud
            Jika usahawan mempunyai sifat ini, mereka tidak sabar untuk melakukan dan melabur sesuatu. Apa yang dikehendakinya bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan tersebut tetapi ia juga memberi manfaat kepada negara. Mempunyai usahawan ini amatlah beruntung bagi sesebuah negara. Kerajaan juga boleh membantu dengan memberi peluang kepada golongan ini. Terutamanya apabila kerajaan terpaksa menggalakkan warganegara mereka untuk membangunkan kemahiran keusahawanan.
            Sifat pemerhatian dari Puan Sri Datin Mazmin Nordin, Pengarah Eksekutif, Halim Mazmin Berhad. Beliau mengurus firma kapal yang diasaskan bersama suaminya, Tan Sri Dato’ Halim Mohammad. Mereka berdua menguasai lebih 50 peratus saham dalam Halim Mazmin Firma itu tersenarai pada papan utama Bursa Saham Malaysia sejak tahun 2002. Beliau memulakan kerjayanya di Boustead Shipping Agencies, Port Klang pada 1973. Pada 1982 beliau menyertai suaminya di Halim Mazmin. Sejak sekian lama, sektor kapal di negara ini dimonopoli oleh pengendali kapal asing.
            Halim Mazmin adalah antara firma yang mengendali dan memiliki kapal swasta yang terbesar di Malaysia. Ia memiliki sembilan buah kapal, termasuk kapal tangki dan kapal kontena. Kapal-kapal yang membawa bendera Malaysia mengendalikan kargo pukal kering. Antara perkhidmatan lain adalah mengangkut produk petrolium Petronas dan Shell. Halim Mazmin juga menawarkan latihan maritim kepada lepasan sekolah dan universiti bagi menjadi pegawai dan kapten kapal.
            Sebagai nama besar dalam industri maritim, senarai pelanggan Halim Mazmin terdiri daripada syarikat-syarikat ternama. Kualiti perkhidmatan dan hubungan baik dengan pihak pelanggan membolehkan firma itu mendapat kontrak sewa jangka panjang bagi empat buah kapalnya. Bahkan reputasinya yang baik terjalin hubungan niaga dengan syarikat-syarikat kapal antarabangsa.
            Halim Mazmin memiliki beberapa anak syarikat yang mengendalikan pelbagai pekhidmatan berkaitan kapal. Ketika kemelesatan ekonomi melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 1990-an, banyak syarikat kapal menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, syarikat beliau berjaya melepasi tempoh ujian itu dan bertahan sehingga hari ini. Keberanian beliau dalam membangunkan syarikat dalam industri ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sikap pemerhatian beliau dalam mengambil peluang ini sepatutnya dibanggakan bagi seseorang usahawan wanita di Malaysia.
     


TUGASAN 1  (a)

BERWAWASAN ( VISIONARY )
            Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.
            Sifat berwawasan dari Syed Mokhtar Al-Bukhary. Berdasarkan pengalaman Syed Mokhtar, beliau terlibat dalam banyak jenis perniagaan. Pada tahun 1980-an dan 1990, beliau terlibat dalam pakaian dan pembuatan industri. Kejayaan beliau bersinar apabila memenangi kontrak untuk membekalkan dan menghasilkan pakaian seragam tentera untuk Kementerian Pertahanan. Menerusi kontrak ini, syarikatnya dikehendaki membekalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih daripada 100,000 pasang kasut dan 330,000 set pakaian seragam tentera. Kejayaan ini menyebabkan beliau mewujudkan dua syarikat pakaian, Amtek Holdings (Amtek) yang menghasilkan kasut, manakala Oriental Garments Uniform Dividion (Oriental) yang menghasilkan but.
            Baru-baru ini, Amtek Shoes, anak syarikat Amtek Holding, menghasilkan kasut untuk kegunaan ATM dan pakaian di bawah jenama Lee Cooper dan Louis. Hakikatnya, empayar perniagaan Syed Mokhtar telah berkembang begitu luas, ia tidak hanya melibatkan daging, beras, gula, barangan pakaian, shiping dan ia juga termasuk beberapa industri berat di negara ini.
            Walaupun kejayaan beliau, beliau sentiasa menyokong persaudaraan Islam. Sebagai contoh, Yayasanal_Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan. Sehingga hari ini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Yayasan ini juga menyediakan bantuan kepada negara-negara yang menjadi ahli dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Kompleks ini merupakan pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademik khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Yayasan ini juga menciptakan Muzium Kesenian Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur, dengan kos RM100 juta. Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di seluruh dunia.


PROAKTIF ( PROACTIVE )
            Menurut Kamus Oxford Dictionary ciri proaktif ditakrifkan sebagai mengubah atau mengawal keadaan dengan mengambil langkah inisiatif dan dapat menjangkakan keadaan yang akan berlaku serta bertindak terlebih dahulu untuk mengatasi keadaan tersebut. Selain itu, personaliti proaktif juga dikaitkan dengan secara objektif dan subjektif dengan kemajuan kerjaya yang meliputi dimensi mempengaruhi seperti demografi, modal insan, motivasi, jenis organisasi dan jenis aktiviti.
            Sikap proaktif adalah ciri yang amat penting yang perlu ada pada seseorang usahawan untuk berjaya. Antara ciri proaktif yang perlu ada pada seseorang usahawan ialah seseorang yang membuat sesuatu perkara sebelum disuruh dan tidak mudah tersinggung dan berputus asa sekiranya sesutu perkara dilakukan menerima kegagalan. Seseorang yang bertanggugjawab terhadap tindakannya dan berfikir sebelum bertindak juga salah satu ciri proaktif yang perlu ada pada seseorang usahawan.
            Tambahan pula, seseorang yang proaktif adalah sentiasa fokus pada perkara-perkara yang mereka dapat dilakukan dan tidak merisaukan terhadap risiko yang berkemungkinan bakal dihadapai. Sebagai contoh, Steve Jobs adalah salah satu usahawan Berjaya serta peneraju industry computer yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Steve Jobs yang dilahirkan di Los Altos, Amerika Syarikat merupakan pengasas kepada Syarikat Apple Corporation serta merupakan antara orang terkaya sebelum mancapai umur 30 tahun. Personaliti proaktif beliau telah mendorongnya untuk melibatkan diri dalam bidang perkakasan komputer yang lebih memberi keuntungan yang tinggi berbanding dengan perisian computer setelah menerajui NEXT Corperation yang menawarkan program pendidikan sistem perkomputeran. Beliau telah berjaya menghasilkan model-model komputer berjenama Apple yang mempunyai ciri-ciri unik, kreatif dan inovatif seiring dengan peningkatan sistem teknologi pengkomputeran pada abad ke-21 kini.
            Secara kesimpulannya, sikap proaktif banyak mengubah keadaan kerjaya seperti kesungguhan, ketaatan, lebih fleksibel, kreatif dan berinisiatif seiring dengan keinginan untuk berubah yang terbukti mempunyai pengaruh yang besar dalam membangunkan kerjaya.


KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN ( FAILURE IS AN OPTION )
            Kegagalan adalah satu perkataan yang difahami membawa konotasi negatif. Tidak ada sesiapa pun menginginkan atau merancang untuk menimpa kegagalan, tetapi kegagalan juga difahamkan seseorang individu dapat membaiki kesilapan melalui kegagalan yang ditimpa. Dalam konsep keusahawanan, kebanyakan usahawan berjaya dengan kebangkitan mereka dari kegagalan pada mulanya. Antara faktor yang menimpa kegagalan mereka ialah faktor kemelesetan ekonomi, wabak penyakit, modal dan lain-lain. Usahawan sanggup mengambil risiko untuk melakukan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut berkemungkinan berjaya atau gagal. Sekiranya berjaya akan memperbaiki sesuatu produk melalui inovasi tetapi sekiranya gagal usahawan tidak akan berputus asa dan memperbaiki kesilapan mereka.
            Seterusnya, ciri usahawan “Failure is an option” atau kegagalan adalah satu pilihan merujuk kepada maksud sekiranya ingin berjaya kegagalan juga perlu dijadikan sebagai salah satu pilihan. Seseorang usahawan yang berjaya sentisa menerima kegagalan yang ditimpa dan berbangkit semula dengan memperbaiki kesilapannya. Tokoh usahawan tempatan berjaya yang paling sesuai dijadikan contoh kepada ciri ini ialah Dato Jimmy Choo. Dato Jimmy Choo seorang usahawan yang berasal dari negeri Pulau Pinang. Kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingain meneruskan pelajarannya di London selama empat tahun. Demi membiayai kehidupan dan yuran beliau sanggup bekerja sambilan sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dan kilang kasut. Seseorang individu yang ingin membuka perniagaan di negara asing bukannya begitu mudah kerana tahap persaingan yang tinggi. Dato Jimmy Choo tetap mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera. Namun, sikap kegagalan adalah satu pilihan untuk bangkit dalam kehidupan sentiasa menjadi panduan kehidupan beliau, selepas empat tahun berlalu nasib beliau berubah melalui mendiang Puteri Diana yang minat terhadap rekaan Jimmy Choo.Semenjak itu, nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualan rekaan belian menjulang ke langkit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
            Kesimpulannya, seseorang individu yang berjaya adalah seseorang yang belajar dari kesilapan mereka. Sesuatu kegagalan perlu dianggap sebagai cabaran dan cuba memperbaiki kesilapan serta berusaha dengan berterusan tanpa berputus asa. Sebagai contoh, pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Dato Jimmy Choo, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap kegagalan yang ditimpa merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.


PENGAMBIL RISIKO TERBUKA ( OPEN RISK TAKER )
             Pengambil risiko terbuka dapat didefinisikan sebagai individu atau perniagaan yang cenderung untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, tetapi juga mungkin dapat membuka peluang kepada hasil yang memuaskan. Pada masa kini, dunia perniagaan menjadi semakin sengit. Oleh itu, bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu berhadapan dengan pelbagai risiko yang mungkin berlaku. 
            Sebagai contoh, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, pemilik rangkaian operasi bas yang terkenal di Malaysia iaitu Sani Express merupakan seorang usahawan yang berani mengambil risiko secara terbuka sehingga digelar usahawan muda yang berjaya.  Pada mulanya, beliau mempunyai dua orang rakan kongsi yang boleh dirujuk ketika menjalankan perniagaannya tetapi apabila dua orang kongsinya menarik diri, beliau terpaksa berfikir sendiri dalam membuat sebarang keputusan.  Oleh itu, beliau perlu berfikir dengan bijak ketika membuat keputusan.  Walaupun tanpa rakan kongsi, beliau tetap mahu meneruskan perniagaanya.
            Selain itu, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh juga sanggup menanggung risiko yang besar atas pinjaman yang dibuat bagi menjalankan perniagaan rangkaian basnya itu. Dengan berbekalkan pinjaman dari institusi kewangan, beliau berusaha memajukan perniagaannya.  Sifat keterbukaan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dalam menanggung risiko semasa meneruskan perniagaannya telah menyebabkan Sani Express berkembang dengan pesat dan menunjukkan prestasi yang luar biasa.
            Kejayaan Datuk Wan Muhammad Sani Salleh membuktikan bahawa setiap usahawan perlu mempunyai sikap sanggup mengambil risiko dalam mengejar kejayaan.  Setiap risiko yang dihadapi oleh usahawan sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat.


JARINGAN ( NETWORKED )
          Jaringan dapat dikaitkan dengan semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk faedah bersama.  Seseorang usahawan perlu menjaga hubungan baik dengan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaannyanya seperti pembekal, pelanggan dan sebagainya. Hubungan yang erat antara usahawan dengan pembekal dapat menjamin kelangsungan bekalan yang diperlukan dalam aktiviti pengeluaran manakala hubungan baik dengan pelanggan pula dapat membantu seseorang usahawan itu memahami kehendak dan keperluan pelanggannya bagi meningkatkan hasil keluaran sesebuah syarikat.
            Sebagai contoh, pengasas syarikat yang berasaskan bidang jahitan, Omar Ali Holdings Sdn.Bhd. Allahyarham Omar Ali, telah berjaya memajukan perniagaannya kerana mempunyai hubungan yang erat dengan pembekalnya yang datang dari luar negara seperti Korea, Jepun dan China. Hubungan yang erat ini bukan sahaja telah membantu syarikatnya mendapatkan bekalan yang mencukupi malah barang yang berkualiti.
            Selain itu, syarikat ini juga menjalin hubungan yang baik dengan agensi kerajaan dan pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Ini telah menyebabkan jenama Omar Ali dapat bertahan sehingga sekarang. Dalam pada itu, syarikat ini turut mempunyai hubungan yang erat dengan pelanggannya kerana syarikat ini mengutamakan kualiti jahitan dan sentiasa mengambil tahu masalah pelanggannya.
            Hubungan yang erat dengan ahli keluarga juga banyak membantu Allahyarham Omar Ali mengembangkan perniagaannya dan seterusnya menyebabkan perniagaannya itu bertahan sehingga ke hari ini kerana diwarisi dan dimajukan oleh anak-anak Allahyarham yang turut membantu memajukan Omar Holdings Sdn. Bhd.. Kebanyakkan anak-anak Allahyarham telah mengikuti jejak langkah Allahyarham Omar Ali untuk turut terlibat dalam perniagaan yang berasaskan bidang jahitan
           Kejayaan Allahyarham Omar Ali memajukan Omar  Ali Holdings Sdn. Bhd., membuktikan bahawa hubungan yang baik dengan pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah perniagaan dan seterusnya membantu usahawan untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.


KERJA BERPASUKAN ( TEAM ORIENTED )
Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian.  Lapan nilai utama yang menjadi pra syarat kepada pelaksanaan kerja berpasukan iaitu  matlamat sama,  tanggungjawab bersama, saling mempercayai satu sama lain  berkongsi idea,saling bantu membantu, bertolak ansur,musyawarah dan bersatu.
Dalam kerja berpasukan organisasi tersebut boleh melahirkan sumber manusia yang lebih produktif.  Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru. Pertama semangat, focus dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi satu sumber manusia yang tersendiri.
            Namun, ciri kerja berpasukan ini  juga telah digunakan oleh  Syarikat Toyota yang dipengurus oleh Akio Toyoda.  Beliau telah melahirkan pekerja-pekerja yang berciri berkerja Dalam berpasukan Kerja berpasukan ini melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Organisasi pekerja di  sesebuah syarikat adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan. Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu mereka menjayakannya Dalam program seterusnya.
Kerja berpasukan ini memberikan peluang kepada pekerja untuk memahami organisasi.  Disini, pekarja-pekerja Syarikat Google ini dapat memahami visi organisasi mereka apabila bekerja Dalam berkumpulan. Mereka juga dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka antara satu sama lain untuk mengeluarkan produktiviti yang lebih efisien. Bagi istilah yang lebih menarik , budaya kerja ini disebut sebagai buday korporat yang melambangkan identity dan hala tuju organisasi.
Kesimpulannya, kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secar terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat. Kerja berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang pencapaian luar biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau pemudah cara kerana Dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.


BERORIENTASIKAN HASIL ( OUTCOME ORIENTED )
Cole (1969) mendefinisikan  bahawa keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.  Orientasi hasil merupakan hasil di mana apa yang penting adalah hasilnya, iaitu sama ada anda menang atau kalah atau mencapai sasaran tertentu - ini mungkin berbeza dengan sesuatu seperti orientasi proses, di mana tumpuan diberikan kepada cara anda bermain atau melaksanakan.  Sebagai contoh, highjumper dengan orientasi hasil akan menumpukan kepada penjelasan bar di ketinggian tertentu (atau memenangi pertandingan), manakala seseorang yang mempunyai orientasi proses akan berfikir lebih lanjut mengenai butir-butir gaya dan prestasi mereka (dan boleh menjadi gembira dengan hasilnya walaupun mereka kehilangan jika mereka merasakan bahawa mereka benar-benar dilakukan dengan baik.
Rangka kerja berorientasikan hasil menyerlahkan bagaimana ahli kumpulan majoriti melihat orang-orang yang mempunyai lebih daripada satu budaya berdasarkan norma-norma budaya dominan. Kajian awal mengenai pembentukan identiti etnik tergolong dalam kategori ini kerana ramai penyelidik di zaman ini cuba untuk mengenal pasti perbezaan budaya dan hasil sosio-psikologi pada orang yang hidup sebagai biculturals atau multiculturals. Teori wakil dan pendekatan dalam kategori ini, iaitu, Teori Identiti Sosial dan tanggapan peminggiran, akan dikaji semula.
Ray Kroc mempunyai ciri usahawan berorientasikan hasil atau keuntungan yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds. Dia merevolusikan industri restoran atas produksi hamburger, kentang goreng, dan susu kocok. Untuk mengembangkan sistem operasi dan hantaran yang maju, dia memastikan bahawa kentang goreng yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York City.
Pada tahun 1960, terdapat lebih daripada 200 saluran McDonald’s di seluruh Amerika, perluasan yang cepat dikobarkan oleh biaya franchise yang rendah. Ray Kroc nyaris mengalami kerugian apabila menciptakan salah satu merek yang paling kuat sepanjang masa. Akhirnya, dia memutuskan untuk menggunakan real estate sebagai pendukung kewangan sehingga McDonald’s menjadi operasi yang menguntungkan. Pada tahun 1956, Kroc mendirikan Franchise Realty Corporation, membeli tanah dan bertindak selaku pemilik restoran bagi pembeli francais yang berminat.
Melalui langkah ini, McDonald’s mula memperoleh hasil keuntungan dan perusahaan berjaya melepasi landas. Kroc kemudian memperkenalkan program periklanan nasional untuk menyebarkan francais dengan cepat. Pertumbuhan perusahaan yang lambat di wilayah asal pada awal tahun 1970-an, namun semangat dalam dirinya berjaya mendorongnya mewujudkan pasaran global bagi McDonald’s.
Pada hari ini, pelbagai perusahaan terlibat termasuk pizza, pemprosesan atau menjual mainan untuk mendapat keuntungan daripada jenis sistem yang dipelopori oleh Ray Kroc. Statistik Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat menunjukkan pemilikan lebih daripada 33,000 restoran McDonalds yang meliputi 119 buah negara. Sebagai pelopor francais McDonald’s, Ray Kroc berjaya menunjukkan ciri keusahawanan dalam berorientasikan keuntungan.
Kesimpulannya, trait berorientasikan hasil merupakan trait yang memberikan kesan yang positif dalam sesebuah perniagaan.  Trait ini bukan sahaja memberikan keuntungan kepada kita malah juga dapat memberikan kesan kepada ekonomi negara sesebuah negara.  Oleh itu, trait berorientasi hasil merupakan hasil di mana apa yang penting adalah hasilnya, iaitu sama ada anda menang atau kalah atau mencapai sasaran tertentu - ini mungkin berbeza dengan sesuatu.


BUDAYA TERBUKA ( OPEN CULTURE )
'Budaya Terbuka' 'adalah konsep yang mengikut mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun, menukar atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang intelektual harta. Dalam konteks globalisasi, akibatnya adalah bahawa semua rakyat perlu mempunyai akses yang sama kepada maklumat. Terbuka ini berkonsep di mana sesuatu pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya melalui pembangunan, penukaran atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek.
Budaya Terbuka ini juga adalah salah satu ciri yang digunakan oleh usahawan, Budaya. Budaya terbuka ini ialah kita boleh mengenali budaya, tradisional makanan, pakaian orang lain yang dapat memberikan idea kepada kita untuk membuka sesuatu perniagaan. Ini akan membuka peluang kepada kita untuk membuka perniagaan sambil mengenali budaya dan tradisi orang lain.  Budaya terbuka ini tidak akan membawa kita untuk melupakan tradisi kita malah ia akan memberi peluang kepada kita untuk mempelajari tentang budaya dan tradisi mereka seperti di negara Malaysia. Dengan menggunakan ciri budaya terbuka ini kita boleh mengenali perbezaannya dan boleh membuka perniagaan yang sesuai bagi budaya ,tradisi , cuaca dan sebagainya.
Sebagai contohnya, Steven Lim merupakan pengasas kepada Secret Recipe yang dikenali ramai di seluruh dunia. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan beliau manusia yang kreatif. Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun tidak sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan.
Beliau sememangnya seorang yang suka bekerja. Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan telah memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Beliau menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe dan kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara.
 Hasrat beliau membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tetapi beliau tidak berputus asa dan mencuba di kawasan lain republik tersebut ternyata menerima sambutan yang baik. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, pernah dua kali dia didatangi oleh pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.
Kini pasaran menjangkau ke Thailand, China, Australia, Filipina, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi untuk mengangkat jenama Malaysia. Dia bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.
Maka, Steven Lim boleh dikatakan seorang yang berciri budaya terbuka kerana beliau berjaya mengesan kekurangan sesuatu dalam sebuah perniagaan makanan dan berupaya mewujudkan satu konsep baru yang dapat disesuaikan kepada semua lapisan masyarakat secara global di seluruh dunia.
Oleh itu, budaya terbuka ini ialah boleh dicontohi oleh usahawan negara kita Steven Lim. Konsep budaya terbuka beliau telah membawa kebaikan kepada beliau dan juga kepada negara kita iaitu dapat mengharungi nama baik negara kita di medan antarabangsa dan juga dapat boleh mengalirkan mata wang alir ke dalam negara kita.