PENDAHULUAN
Menurut Karl E. Case dari buku
“Principles of Economic”, usahawan didefinisikan sebagai individu yang
menggemblengkan semua faktor-faktor pengeluaran yang lain untuk menghasilkan
sesuatu barang dan sanggup menanggung risiko. Usahawan juga difahamkan sebagai
penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Selain itu, sesebuah negara tidak akan
dapat mencapai taraf ekonomi yang maju sekiranya tidak mempunyai
usahawan-usahawan yang berdaya saing dan inovatif serta kreatif. Perkara ini
disebabkan usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak sesebuah
negara sama ada maju dari segi ekonomi dan kekayaan atau mundur dalam
kemiskinan.
Usahawan atau dalam bahasa Inggeris
disebut sebagai “entrepreneur “ adalah individu yang terlibat dalam perniagaan,
sama ada dalam penghasilan, penjualan ataupun perdagangan barang-barang.
Pelbagai penyelidikan yang telah dijalankan, menunjukan bahawa usahawan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dirinya untuk mengawal takdir kendiri.
Perkara ini disebabkan kepercayaan bahawa mereka bertindak dengan cara yang
amat individualistic dan sentiasanya sudi menerima terlalu banyak kerja yang
tidak diterima oleh orang biasa, dengan menggalakkan ketabahan yang luar biasa.
Seterusnya, terdapat tiga jenis
usahawan iaitu peramal, orang yang berusaha bersungguh-sungguh (strivers) dan
orang tengah. Usahawan peramal yang sering dikaitkan dengan individu yang
didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia. Seperti usahawan
peramal, usahawan dalam golongan ini mempunyai pandangan dunia yang resah.
Mereka dalam golongan strivers ini tidak akan mudah berpuas hati dengan apa
yang telah dicapai. Oleh itu, mereka akan berusaha dengan sedaya upaya tanpa
henti serta mengambil risiko yang amat tinggi daripada ketidakgiatan . Antara
ketiga-tiga golongan usahawan, golongan usahawan orang tengah difahamkan lebih
licik dan tidak dipengaruhi oleh perasaan. Orang tengah akan mencari
peluang dimana-mana pasaran, negara
ataupun barangan sahaja kerana menganggapi bahawa kemahiran mereka adalah
keupayaan untuk bertindak dengan lebih cerdik, lebih pantas atau lebih berkuasa
berbanding orang lain. Daripada kesemua jenis usahawan peramal merupakan jenis
yang mungkin sekali menjadi pereka baru yang sebenar.
TUGASAN
1 (a)
PEMERHATI
( OBSERVANT )
Salah satu ciri-ciri yang sangat
diperlukan untuk usahawan adalah mampu melihat peluang. Mampu melihat peluang
adalah keupayaan untuk meramalkan risiko yang diambil bagi melakukan aktiviti
atau tidak melakukan aktiviti tersebut. Usahawan tidak tahu masa depan seperti manusia yang lain
juga. Salah satu etika yang membezakan usahawan dan manusia biasa adalah
mempunyai naluri untuk mengambil risiko, untuk mengubah masa depan. Mereka
melabur masa dan wang mereka untuk menghasilkan sesuatu yang tidak wujud
Jika
usahawan mempunyai sifat ini, mereka tidak sabar untuk melakukan dan melabur sesuatu.
Apa yang dikehendakinya bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan tersebut
tetapi ia juga memberi manfaat kepada negara. Mempunyai usahawan ini amatlah
beruntung bagi sesebuah negara. Kerajaan juga boleh membantu dengan memberi
peluang kepada golongan ini. Terutamanya apabila kerajaan terpaksa menggalakkan
warganegara mereka untuk membangunkan kemahiran keusahawanan.
Sifat pemerhatian dari Puan Sri
Datin Mazmin Nordin, Pengarah Eksekutif, Halim Mazmin Berhad. Beliau
mengurus firma kapal yang diasaskan bersama suaminya, Tan Sri Dato’ Halim
Mohammad. Mereka berdua menguasai lebih 50 peratus saham dalam Halim
Mazmin Firma itu tersenarai pada papan utama Bursa Saham Malaysia
sejak tahun 2002. Beliau memulakan kerjayanya di Boustead Shipping Agencies,
Port Klang pada 1973. Pada 1982 beliau menyertai suaminya di Halim Mazmin.
Sejak sekian lama, sektor kapal di negara ini dimonopoli oleh pengendali kapal
asing.
Halim Mazmin adalah antara firma
yang mengendali dan memiliki kapal swasta yang terbesar di Malaysia. Ia
memiliki sembilan buah kapal, termasuk kapal tangki dan kapal kontena.
Kapal-kapal yang membawa bendera Malaysia mengendalikan kargo pukal kering.
Antara perkhidmatan lain adalah mengangkut produk petrolium Petronas dan Shell.
Halim Mazmin juga menawarkan latihan maritim kepada lepasan sekolah dan
universiti bagi menjadi pegawai dan kapten kapal.
Sebagai
nama besar dalam industri maritim, senarai pelanggan Halim Mazmin terdiri
daripada syarikat-syarikat ternama. Kualiti perkhidmatan dan hubungan baik
dengan pihak pelanggan membolehkan firma itu mendapat kontrak sewa jangka
panjang bagi empat buah kapalnya. Bahkan reputasinya yang baik terjalin
hubungan niaga dengan syarikat-syarikat kapal antarabangsa.
Halim Mazmin memiliki beberapa anak
syarikat yang mengendalikan pelbagai pekhidmatan berkaitan kapal. Ketika
kemelesatan ekonomi melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 1990-an, banyak
syarikat kapal menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, syarikat beliau
berjaya melepasi tempoh ujian itu dan bertahan sehingga hari ini. Keberanian
beliau dalam membangunkan syarikat dalam industri ini bukanlah sesuatu yang
mudah. Sikap pemerhatian beliau dalam mengambil peluang ini sepatutnya
dibanggakan bagi seseorang usahawan wanita di Malaysia.
TUGASAN
1 (a)
BERWAWASAN ( VISIONARY
)
Seseorang usahawan mesti menetapkan
hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi
kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan
dapat mengelakan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas,
segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang
ditetapkan.
Sifat berwawasan
dari Syed Mokhtar Al-Bukhary. Berdasarkan pengalaman Syed Mokhtar, beliau
terlibat dalam banyak jenis perniagaan. Pada tahun 1980-an dan 1990, beliau
terlibat dalam pakaian dan pembuatan industri. Kejayaan beliau bersinar apabila
memenangi kontrak untuk membekalkan dan menghasilkan pakaian seragam tentera
untuk Kementerian Pertahanan. Menerusi kontrak ini, syarikatnya dikehendaki
membekalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih daripada 100,000
pasang kasut dan 330,000 set pakaian seragam tentera. Kejayaan ini menyebabkan
beliau mewujudkan dua syarikat pakaian, Amtek Holdings (Amtek) yang
menghasilkan kasut, manakala Oriental Garments Uniform Dividion (Oriental) yang
menghasilkan but.
Baru-baru
ini, Amtek Shoes, anak syarikat Amtek Holding, menghasilkan kasut untuk
kegunaan ATM dan pakaian di bawah jenama Lee Cooper dan Louis. Hakikatnya,
empayar perniagaan Syed Mokhtar telah berkembang begitu luas, ia tidak hanya
melibatkan daging, beras, gula, barangan pakaian, shiping dan ia juga termasuk
beberapa industri berat di negara ini.
Walaupun kejayaan beliau, beliau
sentiasa menyokong persaudaraan Islam. Sebagai contoh, Yayasanal_Bukhary
ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang
pendidikan. Sehingga hari ini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300
juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Yayasan ini juga
menyediakan bantuan kepada negara-negara yang menjadi ahli dalam Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC). Kompleks ini merupakan pusat yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak
yatim, akademik khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Yayasan ini
juga menciptakan Muzium Kesenian Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur, dengan kos
RM100 juta. Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di seluruh dunia.
PROAKTIF
( PROACTIVE )
Menurut Kamus Oxford Dictionary ciri proaktif ditakrifkan sebagai
mengubah atau mengawal keadaan dengan mengambil langkah inisiatif dan dapat
menjangkakan keadaan yang akan berlaku serta bertindak terlebih dahulu untuk
mengatasi keadaan tersebut. Selain itu, personaliti proaktif juga dikaitkan
dengan secara objektif dan subjektif dengan kemajuan kerjaya yang meliputi
dimensi mempengaruhi seperti demografi, modal insan, motivasi, jenis organisasi
dan jenis aktiviti.
Sikap proaktif adalah ciri yang amat penting yang perlu ada pada
seseorang usahawan untuk berjaya. Antara ciri proaktif yang perlu ada pada
seseorang usahawan ialah seseorang yang membuat sesuatu perkara sebelum disuruh
dan tidak mudah tersinggung dan berputus asa sekiranya sesutu perkara dilakukan
menerima kegagalan. Seseorang yang bertanggugjawab terhadap tindakannya dan
berfikir sebelum bertindak juga salah satu ciri proaktif yang perlu ada pada
seseorang usahawan.
Tambahan pula, seseorang yang proaktif adalah sentiasa fokus pada
perkara-perkara yang mereka dapat dilakukan dan tidak merisaukan terhadap
risiko yang berkemungkinan bakal dihadapai. Sebagai contoh, Steve Jobs adalah
salah satu usahawan Berjaya serta peneraju industry computer yang mempunyai
ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Steve Jobs yang dilahirkan di Los Altos,
Amerika Syarikat merupakan pengasas kepada Syarikat Apple Corporation serta
merupakan antara orang terkaya sebelum mancapai umur 30 tahun. Personaliti
proaktif beliau telah mendorongnya untuk melibatkan diri dalam bidang
perkakasan komputer yang lebih memberi keuntungan yang tinggi berbanding dengan
perisian computer setelah menerajui NEXT Corperation yang menawarkan program
pendidikan sistem perkomputeran. Beliau telah berjaya menghasilkan model-model
komputer berjenama Apple yang mempunyai ciri-ciri unik, kreatif dan inovatif
seiring dengan peningkatan sistem teknologi pengkomputeran pada abad ke-21
kini.
Secara kesimpulannya, sikap proaktif banyak mengubah keadaan kerjaya
seperti kesungguhan, ketaatan, lebih fleksibel, kreatif dan berinisiatif
seiring dengan keinginan untuk berubah yang terbukti mempunyai pengaruh yang
besar dalam membangunkan kerjaya.
KEGAGALAN
ADALAH SATU PILIHAN ( FAILURE IS AN OPTION )
Kegagalan adalah satu perkataan yang
difahami membawa konotasi negatif. Tidak ada sesiapa pun menginginkan atau
merancang untuk menimpa kegagalan, tetapi kegagalan juga difahamkan seseorang
individu dapat membaiki kesilapan melalui kegagalan yang ditimpa. Dalam konsep
keusahawanan, kebanyakan usahawan berjaya dengan kebangkitan mereka dari
kegagalan pada mulanya. Antara faktor yang menimpa kegagalan mereka ialah
faktor kemelesetan ekonomi, wabak penyakit, modal dan lain-lain. Usahawan
sanggup mengambil risiko untuk melakukan sesuatu perkara walaupun perkara
tersebut berkemungkinan berjaya atau gagal. Sekiranya berjaya akan memperbaiki
sesuatu produk melalui inovasi tetapi sekiranya gagal usahawan tidak akan
berputus asa dan memperbaiki kesilapan mereka.
Seterusnya, ciri usahawan “Failure
is an option” atau kegagalan adalah satu pilihan merujuk kepada maksud
sekiranya ingin berjaya kegagalan juga perlu dijadikan sebagai salah satu
pilihan. Seseorang usahawan yang berjaya sentisa menerima kegagalan yang
ditimpa dan berbangkit semula dengan memperbaiki kesilapannya. Tokoh usahawan
tempatan berjaya yang paling sesuai dijadikan contoh kepada ciri ini ialah Dato
Jimmy Choo. Dato Jimmy Choo seorang usahawan yang berasal dari negeri Pulau Pinang.
Kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingain meneruskan pelajarannya di
London selama empat tahun. Demi membiayai kehidupan dan yuran beliau sanggup
bekerja sambilan sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran dan kilang kasut.
Seseorang individu yang ingin membuka perniagaan di negara asing bukannya
begitu mudah kerana tahap persaingan yang tinggi. Dato Jimmy Choo tetap mencuba
untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana
jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus
bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di
Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula
dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media
jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan
hanya memakan mi segera. Namun, sikap kegagalan adalah satu pilihan untuk
bangkit dalam kehidupan sentiasa menjadi panduan kehidupan beliau, selepas
empat tahun berlalu nasib beliau berubah melalui mendiang Puteri Diana yang
minat terhadap rekaan Jimmy Choo.Semenjak itu, nama Jimmy Choo terus melonjak
dan jualan rekaan belian menjulang ke langkit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan
dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan
selebriti di serata dunia.
Kesimpulannya, seseorang
individu yang berjaya adalah seseorang yang belajar dari kesilapan mereka.
Sesuatu kegagalan perlu dianggap sebagai cabaran dan cuba memperbaiki kesilapan
serta berusaha dengan berterusan tanpa berputus asa. Sebagai contoh, pelbagai
cabaran dan rintangan yang dilalui oleh Dato Jimmy Choo, namun berkat
kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar
cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu
banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai
semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap kegagalan yang
ditimpa merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.
PENGAMBIL
RISIKO TERBUKA ( OPEN RISK TAKER )
Pengambil risiko terbuka dapat didefinisikan sebagai individu atau perniagaan yang cenderung untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan fizikal atau kerugian kewangan, tetapi juga mungkin dapat membuka peluang kepada hasil yang memuaskan. Pada masa kini, dunia perniagaan menjadi semakin sengit. Oleh itu, bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu berhadapan dengan pelbagai risiko yang mungkin berlaku.
Sebagai contoh, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, pemilik
rangkaian operasi bas yang terkenal di Malaysia iaitu Sani Express merupakan
seorang usahawan yang berani mengambil risiko secara terbuka sehingga digelar
usahawan muda yang berjaya. Pada
mulanya, beliau mempunyai dua orang rakan kongsi yang boleh dirujuk ketika
menjalankan perniagaannya tetapi apabila dua orang kongsinya menarik diri,
beliau terpaksa berfikir sendiri dalam membuat sebarang keputusan. Oleh itu, beliau perlu berfikir dengan bijak
ketika membuat keputusan. Walaupun tanpa
rakan kongsi, beliau tetap mahu meneruskan perniagaanya.
Selain
itu, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh juga sanggup menanggung risiko yang besar
atas pinjaman yang dibuat bagi menjalankan perniagaan rangkaian basnya itu.
Dengan berbekalkan pinjaman dari institusi kewangan, beliau berusaha memajukan
perniagaannya. Sifat keterbukaan Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh dalam menanggung risiko semasa meneruskan perniagaannya
telah menyebabkan Sani Express berkembang dengan pesat dan menunjukkan prestasi
yang luar biasa.
Kejayaan
Datuk Wan Muhammad Sani Salleh membuktikan bahawa setiap usahawan perlu
mempunyai sikap sanggup mengambil risiko dalam mengejar kejayaan. Setiap risiko yang dihadapi oleh usahawan
sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat.
JARINGAN
( NETWORKED )
Jaringan dapat dikaitkan dengan semua hubungan yang
dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan manusia
sekelilingnya untuk faedah bersama.
Seseorang usahawan perlu menjaga hubungan baik dengan pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaannyanya seperti
pembekal, pelanggan dan sebagainya. Hubungan yang erat antara usahawan dengan
pembekal dapat menjamin kelangsungan bekalan yang diperlukan dalam aktiviti
pengeluaran manakala hubungan baik dengan pelanggan pula dapat membantu
seseorang usahawan itu memahami kehendak dan keperluan pelanggannya bagi
meningkatkan hasil keluaran sesebuah syarikat.
Sebagai
contoh, pengasas syarikat yang berasaskan bidang jahitan, Omar Ali Holdings
Sdn.Bhd. Allahyarham Omar Ali, telah berjaya memajukan perniagaannya kerana
mempunyai hubungan yang erat dengan pembekalnya yang datang dari luar negara
seperti Korea, Jepun dan China. Hubungan yang erat ini bukan sahaja telah
membantu syarikatnya mendapatkan bekalan yang mencukupi malah barang yang
berkualiti.
Selain
itu, syarikat ini juga menjalin hubungan yang baik dengan agensi kerajaan dan
pihak swasta seperti bank, hotel dan kilang. Ini telah menyebabkan jenama Omar
Ali dapat bertahan sehingga sekarang. Dalam pada itu, syarikat ini turut
mempunyai hubungan yang erat dengan pelanggannya kerana syarikat ini
mengutamakan kualiti jahitan dan sentiasa mengambil tahu masalah pelanggannya.
Hubungan yang erat dengan ahli keluarga juga
banyak membantu Allahyarham Omar Ali mengembangkan perniagaannya dan seterusnya
menyebabkan perniagaannya itu bertahan sehingga ke hari ini kerana diwarisi dan
dimajukan oleh anak-anak Allahyarham yang turut membantu memajukan Omar
Holdings Sdn. Bhd.. Kebanyakkan anak-anak Allahyarham telah mengikuti jejak
langkah Allahyarham Omar Ali untuk turut terlibat dalam perniagaan yang
berasaskan bidang jahitan
Kejayaan
Allahyarham Omar Ali memajukan Omar Ali
Holdings Sdn. Bhd., membuktikan bahawa hubungan yang baik dengan pelbagai pihak
memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah perniagaan dan seterusnya
membantu usahawan untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
KERJA BERPASUKAN ( TEAM
ORIENTED )
Kerja
berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat
pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen
terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama
Melalui
kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber
kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding
jika dilakukan secara bersendirian.
Lapan nilai utama yang menjadi pra syarat kepada pelaksanaan kerja
berpasukan iaitu matlamat sama, tanggungjawab bersama, saling mempercayai
satu sama lain berkongsi idea,saling
bantu membantu, bertolak ansur,musyawarah dan bersatu.
Dalam
kerja berpasukan organisasi tersebut boleh melahirkan sumber manusia yang lebih
produktif. Dengan kerja secara
berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru. Pertama
semangat, focus dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa
keseorangan dan rasa kebersamaan. Selain itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi
satu sumber manusia yang tersendiri.
Namun, ciri kerja berpasukan
ini juga telah digunakan oleh Syarikat Toyota yang dipengurus oleh Akio
Toyoda. Beliau telah melahirkan
pekerja-pekerja yang berciri berkerja Dalam berpasukan Kerja berpasukan ini melibatkan
anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang
sama. Organisasi pekerja di sesebuah
syarikat adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan.
Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu
mereka menjayakannya Dalam program seterusnya.
Kerja
berpasukan ini memberikan peluang kepada pekerja untuk memahami
organisasi. Disini, pekarja-pekerja
Syarikat Google ini dapat memahami visi organisasi mereka apabila bekerja Dalam
berkumpulan. Mereka juga dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka antara
satu sama lain untuk mengeluarkan produktiviti yang lebih efisien. Bagi istilah
yang lebih menarik , budaya kerja ini disebut sebagai buday korporat yang
melambangkan identity dan hala tuju organisasi.
Kesimpulannya,
kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu.
Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah
organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota
mesti berupaya berkomunikasi secar terbuka dan jujur di antara satu sama lain,
berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat. Kerja
berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang pencapaian luar
biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau
pemudah cara kerana Dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan
masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja
berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.
BERORIENTASIKAN
HASIL ( OUTCOME ORIENTED )
Cole (1969)
mendefinisikan bahawa keusahawanan
sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang
berorientasikan keuntungan. Orientasi
hasil merupakan hasil di mana apa yang penting adalah hasilnya, iaitu sama ada
anda menang atau kalah atau mencapai sasaran tertentu - ini mungkin berbeza
dengan sesuatu seperti orientasi proses, di mana tumpuan diberikan kepada cara
anda bermain atau melaksanakan. Sebagai
contoh, highjumper dengan orientasi hasil akan menumpukan kepada penjelasan bar
di ketinggian tertentu (atau memenangi pertandingan), manakala seseorang yang
mempunyai orientasi proses akan berfikir lebih lanjut mengenai butir-butir gaya
dan prestasi mereka (dan boleh menjadi gembira dengan hasilnya walaupun mereka
kehilangan jika mereka merasakan bahawa mereka benar-benar dilakukan dengan
baik.
Rangka kerja berorientasikan hasil menyerlahkan
bagaimana ahli kumpulan majoriti melihat orang-orang yang mempunyai lebih
daripada satu budaya berdasarkan norma-norma budaya dominan. Kajian awal
mengenai pembentukan identiti etnik tergolong dalam kategori ini kerana ramai
penyelidik di zaman ini cuba untuk mengenal pasti perbezaan budaya dan hasil
sosio-psikologi pada orang yang hidup sebagai biculturals atau multiculturals.
Teori wakil dan pendekatan dalam kategori ini, iaitu, Teori Identiti Sosial dan
tanggapan peminggiran, akan dikaji semula.
Ray Kroc
mempunyai ciri usahawan berorientasikan hasil atau keuntungan yang merupakan
bekas Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds. Dia merevolusikan industri restoran
atas produksi hamburger, kentang goreng, dan susu kocok. Untuk mengembangkan
sistem operasi dan hantaran yang maju, dia memastikan bahawa kentang goreng
yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York
City.
Pada
tahun 1960, terdapat lebih daripada 200 saluran McDonald’s di seluruh Amerika,
perluasan yang cepat dikobarkan oleh biaya franchise yang rendah. Ray Kroc
nyaris mengalami kerugian apabila menciptakan salah satu merek yang paling kuat
sepanjang masa. Akhirnya, dia memutuskan untuk menggunakan real estate sebagai
pendukung kewangan sehingga McDonald’s menjadi operasi yang menguntungkan. Pada
tahun 1956, Kroc mendirikan Franchise Realty Corporation, membeli tanah dan
bertindak selaku pemilik restoran bagi pembeli francais yang berminat.
Melalui
langkah ini, McDonald’s mula memperoleh hasil keuntungan dan perusahaan berjaya
melepasi landas. Kroc kemudian memperkenalkan program periklanan nasional untuk
menyebarkan francais dengan cepat. Pertumbuhan perusahaan yang lambat di
wilayah asal pada awal tahun 1970-an, namun semangat dalam dirinya berjaya
mendorongnya mewujudkan pasaran global bagi McDonald’s.
Pada hari
ini, pelbagai perusahaan terlibat termasuk pizza, pemprosesan atau menjual
mainan untuk mendapat keuntungan daripada jenis sistem yang dipelopori oleh Ray
Kroc. Statistik Perbadanan McDonalds Amerika Syarikat menunjukkan pemilikan
lebih daripada 33,000 restoran McDonalds yang meliputi 119 buah negara. Sebagai
pelopor francais McDonald’s, Ray Kroc berjaya menunjukkan ciri keusahawanan
dalam berorientasikan keuntungan.
Kesimpulannya,
trait berorientasikan hasil merupakan trait yang memberikan kesan yang positif
dalam sesebuah perniagaan. Trait ini
bukan sahaja memberikan keuntungan kepada kita malah juga dapat memberikan
kesan kepada ekonomi negara sesebuah negara.
Oleh itu, trait berorientasi hasil merupakan hasil di mana apa yang
penting adalah hasilnya, iaitu sama ada anda menang atau kalah atau mencapai
sasaran tertentu - ini mungkin berbeza dengan sesuatu.
BUDAYA TERBUKA ( OPEN CULTURE )
'Budaya
Terbuka' 'adalah konsep yang mengikut mana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya harus datang daripada membangun, menukar atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang intelektual harta. Dalam konteks globalisasi,
akibatnya adalah bahawa semua rakyat perlu mempunyai akses yang sama kepada maklumat. Terbuka ini berkonsep di mana sesuatu pengetahuan
hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhannya melalui pembangunan,
penukaran atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar
perkongsian dan kerjasama, tanpa terikat kepada peraturan yang berkaitan dengan
perlindungan undang-undang harta intelek.
Budaya Terbuka ini juga adalah salah satu ciri yang
digunakan oleh usahawan, Budaya. Budaya
terbuka ini ialah kita boleh mengenali budaya, tradisional makanan, pakaian
orang lain yang dapat memberikan idea kepada kita untuk membuka sesuatu
perniagaan. Ini akan membuka peluang kepada kita untuk membuka perniagaan
sambil mengenali budaya dan tradisi orang lain.
Budaya terbuka ini tidak akan membawa kita untuk melupakan tradisi kita
malah ia akan memberi peluang kepada kita untuk mempelajari tentang budaya dan
tradisi mereka seperti di negara Malaysia. Dengan menggunakan ciri budaya
terbuka ini kita boleh mengenali perbezaannya dan boleh membuka perniagaan yang
sesuai bagi budaya ,tradisi , cuaca dan sebagainya.
Sebagai
contohnya, Steven Lim merupakan pengasas kepada Secret Recipe yang dikenali
ramai di seluruh dunia. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan
beliau manusia yang kreatif. Beliau pernah bercita-cita untuk menjadi Pereka
Hiasan Dalaman, namun tidak sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang
perniagaan makanan.
Beliau
sememangnya seorang yang suka bekerja. Perkembangan Secret Recipe yang
memberangsangkan telah memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama
tersebut. Beliau menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi
kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe dan kini terdapat kira-kira 200
outlet di seluruh negara.
Hasrat beliau membuka outlet di Orchard Road
kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tetapi beliau tidak
berputus asa dan mencuba di kawasan lain republik tersebut ternyata menerima
sambutan yang baik. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan
ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, pernah dua kali dia
didatangi oleh pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret
Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi
jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu kukuh, tidak mudah
terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.
Kini
pasaran menjangkau ke Thailand, China, Australia, Filipina, Brunei, Indonesia
dan beberapa negara lagi untuk mengangkat jenama Malaysia. Dia
bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di
mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk
diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan
Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti
hidangan yang disajikan.
Maka,
Steven Lim boleh dikatakan seorang yang berciri budaya terbuka kerana beliau
berjaya mengesan kekurangan sesuatu dalam sebuah perniagaan makanan dan
berupaya mewujudkan satu konsep baru yang dapat disesuaikan kepada semua lapisan
masyarakat secara global di seluruh dunia.
Oleh itu,
budaya terbuka ini ialah boleh dicontohi oleh usahawan negara kita Steven Lim.
Konsep budaya terbuka beliau telah membawa kebaikan kepada beliau dan juga
kepada negara kita iaitu dapat mengharungi nama baik negara kita di medan
antarabangsa dan juga dapat boleh mengalirkan mata wang alir ke dalam negara
kita.
TUGASAN
1 (b)
BIOGRAFI
DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
KEHIDUPAN
AWAL DAN PENDIDIKAN
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang
dilahirkan pada 3 April 1987 di kediaman Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang.
Beliau kemudiannya telah berpindah ke kawasan Selangor. Dan melanjutkan
pelajaran beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Setelah tamat
pengajian di sekolah rendah, beliau berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke
sekolah menengah. Beliau bersekolah di Sekolah Menegah Telok Gadong Klang,
Selangor. Kemudian, beliau mengambil inisiatif untuk menuntut ilmu agama.
Akhirnya beliau memilih unuk menuntut ilmu agama di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh
Kelantan. Agak lama beliau di Kelantan dan ini boleh dikira sebagai satu
perkara yang mempengaruhi beliau untuk berniaga dimana rakyat Kelantan ramai
yang menjalankan perniagaan. Setelah itu, beliau menyambung pula pelajaran di
sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan
pelajaran ke Taylor Collage.
PENUBUHAN
AWAL SYARIKAT
D'Herbs
Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010
dimana beliau hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja
sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk Pelansingan,
Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini beliau mengorak
langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk
baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan
syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di
lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan
perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah
menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di
Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma
D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama
kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami
sehingga ke seluruh dunia.
PERKEMBANGAN
TAHUN 2012 - 2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak
bagi produk D’Herbs di mana beliau telah bernaung di bawah Label syarikat
Sendirian Berhad dan beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan
berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa
.Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar
untuk menjual dan memasarkan produk
D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.
Beliau juga telah membuka beberapa
anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk
kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya
berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab
memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini
permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di
seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah
syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini
khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan beliau juga
membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan
produk di bawah syarikat ini. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal
sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka
bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.
CIRI-CIRI
KEUSAHAWAN OLEH DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN
1. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN ( FAILURE IS AN
OPTION )
Sifat
kegagalan adalah satu pilihan yang ditunjukkan oleh Datuk Aliff Shukri
Kamarzaman. Datuk Aliff Shukri Kamarzaman dikenali sebagai 'abangterlajaklaris'
dan 'datukterlajaklaris' bukan kerana sesuatu yang tidak baik tetapi kerana
slogan yang terkenal 'Terlajaklaris' untuk produk kecantikan, D'Herbs. Walau
bagaimanapun, Beliau tidak pernah merasa kesal walaupun masyarakat tidak
menerima slogan beliau. Malah, masyarakat telah memasukkan ke dalam laman
sosial melabelkan beliau sebagai lelaki lembut kerana penampilannya dalam iklan
yang berkaitan produk kecantikan. Tetapi kini, produk beliau menjadi terkenal
kerana slogan tersebut.
Aliff Shukri berkata, beliau sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk membangunkan syarikat itu selepas menghadapi
banyak masalah termasuk strategi pengiklanan walaupun masyarakat mencemuh
keperibadiannya. Dia menyamar sebagai seorang pengurus kerana dia tidak
mempunyai pekerja dan beliau juga cuba untuk menjadi model Pakistan dan
pengasas kosmetik. Strategi ini tidak berkesan. "Saya menukar strategi dan
muncul di televisyen dengan gaya watak korporat, tetapi strategi tidak
berkesan. Selama dua tahun wang beliau telah dilaburkan dalam pengiklanan, ia
tidak mendapat sebarang keuntungan sama sekali" katanya semasa temu duga
baru-baru ini.
Mengimbas kembali kisah jatuh
bangun perniagaannya, Aliff Shukri berkata, ia bukan mudah untuk berdiri kukuh
dan mendapat kepercayaan dari masyarakat. Beliau berkata, untuk berjaya, beliau
telah banyak mengorbankan perkara dalam hidupnya, perlu banyak keyakinan dalam
menghadapi segala cabaran. “Masyarakat mungkin berfikir saya seorang yang
bernasib baik, tetapi kejayaan yang sebenar bukanlah semudah yang dilihat”.
2. PROAKTIF ( PROACTIVE )
Ciri proaktif ditakrifkan sebagai
mengubah atau mengawal keadaan dengan mengambil langkah inisiatif dan dapat
menjangkakan keadaan yang akan berlaku serta bertindak terlebih dahulu untuk
mengatasi keadaan tersebut.
Dato 'Aliff Syukri mula mengambil
langkah dengan menjual produk kecanikannya sendiri walaupun beliau tahu produk
kecantikan selalunya didominasikan oleh kaum wanita. Pada mulanya, Dato 'Aliff Syukri hanya menjual jamu
orang lain dan produk kesihatan sejak berumur 16 tahun. Beliau cukup merendah
diri hanya dengan menjual di pasar petani tempatan di pelbagai lokasi. Beliau
tidak begitu berjaya dalam pelajaran dan daripada keluarga miskin, tetapi
beliau berazam untuk berjaya. Menjual di pasar tani adalah sesuatu yang sukar,
dengan kewangan yang kurang, beliau mampu mengumpul dan menyimpan wang. Selepas
beliau berkahwin, beliau mula bekerja lebih keras. Masa pergi meninggalkan
pengalaman, beliau mula mengambil inisiatif dengan mencuba untuk menjual produk
ekcantikannya tersendiri. Dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga,
beliau kemudian mula mengasas D'Herbs dengan wang simpanannya sendiri.
Oleh kerana beliau tidak mempunyai
hubungan perniagaan dengan mana-mana pengedar, ia agak sukar untuk meminta
orang ramai untuk menjual produk beliau. Akhirnya, beliau membuat keputusan
untuk memberikan produknya kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta
wang daripada mereka. Tindakannya itu telah menyebabkan Dato’ Aliff Syukri
kehilangan ratusan ribu ringgit.
Disebabkan bebanan dalam usaha
pemasaran, sentuhan tangan beliau sendiri telah menyebabkan ia menjadi hasil
yang berlainan dalam pasaran. Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk
D’Herbs di mana beliau telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad
dan beliau telah mengembangkan perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4
tingkat milik syarikat beliau yang lebih strategik dan selesa. Dengan
pemindahan ini, syarikat itu dapat meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk
menjual dan memasarkan produk D 'herba dengan lebih luas.
3.
PENGAMBIL RISIKO TERBUKA ( OPEN RISK TAKER )
Pengambil risiko terbuka dapat
dikaitkan dengan individu atau perniagaan yang cenderung untuk melakukan
sesuatu dengan cara yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaan fizikal atau
kerugian kewangan, tetapi juga mungkin dapat membuka peluang kepada hasil yang
memuaskan.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
merupakan seorang usahawan yang sanggup mengambil risiko untuk berjaya. Beliau
sanggup mengambil risiko dengan menceburi bidang yang kini banyak diterajui
oleh golongan wanita. Walaupun pada peringkat awal beliau menghadapi masalah
untuk mendapatkan modal tetapi beliau tetap meneruskan perniagaannya. Ketika
beliau berhasrat untuk mengeluarkan produk jenama sendiri, Dato’ Aliff Syukri
telah menggunakan semua wang simpanannya walaupun sedar dengan risiko muflis
yang mungkin berlaku. Kesanggupan Dato’ Aliff Syukri menanggung risiko itu
telah menyebabkan beliau berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di
Malaysia.
Sewaktu Dato’ Aliff Syukri mula
memasarkan produknya sendiri, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan
kepercayaan pelanggan kerana wujudnya persepsi masyarakat terhadap beliau.
Stokis dan pelanggan sukar untuk menerima
produk beliau kerana beliau seorang lelaki. Mereka beranggapan seorang
lelaki tidak mengetahui apa yang wanita perlukan terutamanya dalam aspek
penjagaan kesihatan dan kecantikan. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk
memberikan produknya kepada stokis-stokis untuk dipasarkan tanpa meminta wang
daripada mereka. Tindakannya itu telah menyebabkan Dato’ Aliff Syukri
kehilangan ratusan ribu ringgit. Namun begitu, keputusan beliau itu menyebabkan
produk yang dikeluarkannya mula dikenali ramai.
Kejayaan Dato’ Aliff Syukri
Kamarzaman dalam memajukan syarikatnya membuktikan bahawa sikap sanggup
mengambil risiko itu penting bagi mereka yang ingin bergelar usahawan yang
berjaya. Hal ini demikian kerana, kerjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai
banyak cabaran dan seseorang usahawan itu tidak akan terlepas daripada risiko
yang mungkin berlaku.
4.
PEMERHATI ( OBSERVANT )
Pemerhati
dapat dikaitkan dengan individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan
peka terhadap keadaan sekeliling. Ciri
seorang pemerhati adalah penting bagi individu yang bergelar usahawan. Hal ini
kerana seorang usahawan perlu peka terhadap persekitarannya dan sentiasa
memerhati bagi merebut peluang yang ada sekiranya ingin memajukan
organisasinya.
Bagi
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, ciri seorang pemerhati dalam dirinya telah
terserlah apabila beliau mengasaskan sebuah syarikat berasaskan kesihatan dan
kecantikan yang didominasikan oleh golongan wanita. Disebabkan majoriti
pelanggan syarikatnya adalah dalam kalangan wanita, beliau perlu peka terhadap
kehendak dan keperluan pengguna khususnya golongan wanita yang pada masa kini
sentiasa mementingkan kecantikan dan kesihatan.
Walaupun
majoriti pelanggannya adalah golongan wanita, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
juga sentiasa mengambil tahu kehendak dan keperluan pelanggannya yang terdiri
daripada golongan lelaki. Hal ini terbukti apabila syarikat beliau telah
memasarkan banyak produk kesihatan khusus untuk golongan lelaki. Antaranya
ialah Coffee Arjuna Maxx yang merupakan minuman khusus untuk golongan lelaki.
Golongan lelaki pada masa kini sentiasa inginkan tubuh badan yang sihat dan
bertenaga. Oleh itu, beliau telah memasarkan produk ini bagi membantu golongan
lelaki mengekalkan kesihatan dalaman dan luaran serta menguatkan tenaga.
Di
samping itu, beliau turut mendapati bahawa masyarakat Melayu mahukan produk
dengan harga yang murah dan cantik. Oleh hal yang demikian, Dato’ Aliff Syukri telah
mencipta pelbagai jenis produk yang dimahukan oleh masyarakat. Melalui
pemerhatian, beliau dapat mengetahui apa yang diinginkan oleh masyarakat hari
ini dan seterusnya berusaha memenuhi permintaan pelanggannya.
Kejayaan
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman membuktikan bahawa seseorang usahawan itu perlu
mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling supaya dapat merebut peluang untuk memajukan diri dan organisasi.
5.
BERWAWASAN ( VISONARY )
Wawasan adalah ciri yang sangat
penting bagi seseorang usahawan. Seorang usahawan perlu menetapkan matlamat dan
wawasan yang ingin dicapai. Bagi memastikan perniagaan yang diusahakan itu
maju, seorang usahawan haruslah sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman
juga memiliki ciri usahawan yang berwawasan. Ciri ini terserlah dalam diri
beliau apabila Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman menetapkan visi syarikatnya adalah
untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan
dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus
mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta
harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan serta dapat menjana
pendapatan dan keuntungan bagi kedua-dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Selain itu, Dato’ Aliff Syukri juga
mempunyai wawasan yang tinggi untuk membantu golongan wanita dan lelaki yang
menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin
dan bergaya di samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan
dengan menjual produk keluaran syarikatnya. Dato’ Aliff Syukri telah menjadikan
empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras dalam perniagaan beliau. Beliau juga
berhasrat untuk mengembangkan jenama produknya sebagai satu jenama global. Di
samping itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan 500 jenis produk
lagi pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak pilihan kepada para
pelanggannya.
Ciri usahawan yang berwawasan juga
merupakan faktor kejayaan Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Hal ini jelas
membuktikan bahawa seseorang usahawan itu perlu mempunyai wawasan yang tinggi
sekiranya ingin berjaya. Wawasan ini haruslah disertai dengan usaha yang gigih
bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
KESIMPULAN
Usahawan adalah pemangkin kepada
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundurnye
sesebuah ekonomi adalah bergantung kepada usahawan yang dinamik dan berwawasan.
Mereka adalah individu yang unik dan berbeza daripada manusia biasa. Ciri-ciri
keusahawanan yang ada pada seseorang usahawan bukan sahaja dapat memajukan diri
mereka sendiri, tetapi juga dapat membangunkan masyarakat dan negara. Ini
kerana usahawan adalah daya penggerak yang mewujudkan, pelancaran dan cuba
untuk membangunkan usahasama.
Kesimpulannya, kita boleh menyatakan
bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan
perniagaan atau syarikat. Seseorang perlu memulakan perniagaan atau membeli
perniagaan yang diasaskan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan.
Usahawan mempunyai wawasan dan akan mengembangkan perniagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Beliau adalah seorang yang mahukan kebebasan dalam perniagaan,
membuat keputusan sendiri dan ingin berjaya sendiri.
Seseorang
yang ingin menjadi usahawan yang berjaya perlu memiliki ciri-ciri keusahawanan
seperti yang telah dibincangkan di atas. Antaranya ialah proaktif, sanggup
mengambil risiko dan sebagainya. Usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia
seperti Datuk Wan Mohammad Sani
Salleh, Tony Fernandes, Datuk Aliff Shukri memiliki ciri-ciri keusahawanan yang
boleh dicontohi oleh generasi muda atau mereka yang berminat untuk melibatkan
diri dalam bidang keusahawanan. Penglibatan dalam bidang keusahawanan bukan
sahaja dapat membantu meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat malah
bidang ini juga telah menjadi penyumbang penting dalam meningkatkan ekonomi
negara. Oleh sebab itu, kerajaan amat menggalakkan masyarakat untuk menceburi
bidang keusahawanan bagi membangunkan negara dan seterusnya membantu masyarakat
untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.